Jumaat, 17 Februari 2012

FESTAKA


OBJEKTIF FESTAKA

      1. Memupuk semangat cinta kepada keunikan dan keaslian seni tarian Melayu tradisional di kalangan kanak-kanak Malaysia.

      2. Mencungkil bakat seni tari di kalangan kanak-kanak Pra-sekolah dan sekolah rendah.

      3. Menyediakan peluang dan platform untuk kanak-kanak menonjolkan bakat dalam seni tari di samping peluang untuk berentap dengan bakat-bakat lain.

      4. Memperkenalkan kepelbagaian tarian warisan Melayu serta melahirkan semangat cintakan seni tarian tradisional Melayu kepada para peserta, seluruh warga Universiti Malaya dan generasi muda secara keseluruhan.

      5. Melahirkan kesedaran terhadap keunikan seni warisan yang harus kita kekalkan di kalangan generasi muda khususnya penghuni Kolej Kediaman Kinabalu, Universiti Malaya.

      6. Memberi latihan serta memupuk sikap kepimpinan mahasiswa dan mahasiswi dalam menguruskan dan menganjurkan suatu organisasi, program dan projek kebudayaan.

      7. Memupuk semangat bekerjasama antara mahasiswa dan mahasiswi dalam menjalankan tugasan dan pelbagai tanggungjawab.

      8. Memberi peluang kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk bekerjasama dengan masyarakat luar kampus seperti syarikat-syarikat korporat, agensi kerajaan serta swasta.

      9. Membentuk kemahiran insaniah dan keyakinan diri mahasiswa dan mahasiswi dalam menempuhi alam pekerjaan selepas tamat pengajian.

    PENGANJUR