Jumaat, 17 Februari 2012

SYARAT-SYARAT


SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN FESTIVAL TARI KANAK-KANAK 2010/2011



PENYERTAAN
§         Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah rendah dan pra sekolah di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor.
§        Pertandingan ini adalah berbentuk kumpulan yang dianggotai minimum 8 orang dan maksimum 10 orang pelajar.
§         Anggota pasukan boleh terdiri daripada lelaki/perempuan sahaja atau campuran dan digalakkan terdiri daripada pelbagai kaum.


KONSEP TARIAN
Tarian Tradisional merupakan tarian-tarian rakyat yang berentak Asli, Inang, Zapin dan Joget; Iaitu keempat-empat tarian ini diangkat atupun dilabelkan sebagai Tarian Tradisional Kebangsaaan (Pan Malaysia Dance). Ia adalah berikutan dengan setiap negeri di Malaysia Barat dan Timur mempunyai keempat-empat jenis tarian-tarian ini.
§  

                                                        i.            Rampaian  empat  tarian tradisional Melayu (Inang, Zapin, Joget dan Asli). Setiap kumpulan dikehendaki memilih salah satu daripadanya.
                                                      ii.            Masa yang diperuntukkan untuk setiap persembahan  tidak kurang daripada 4 minit dan tidak lebih dari 6 minit.
                                                    iii.            Markah  akan ditolak sekiranya persembahan kurang atau  melebihi  had masa yang telah ditetapkan.


LAGU/MUZIK IRINGAN
§Lagu atau muzik iringan semasa persembahan boleh terdiri daripada lagu lama atau baru tetapi mestilah terdiri daripada lagu-lagu yang mengekalkan rentak asal tarian yang ditarikan
§Lagu atau muzik iringan semasa persembahan hendaklah menggunakan CD sahaja (Lagu yang dinyanyikan adalah dibenarkan)
§CD mesti diserahkan kepada pengelola pertandingan dua (2) minggu sebelum hari pertandingan.
§Kumpulan yang gagal berbuat demikian akan dibatalkan penyertaannya.


CARA PEMARKAHAN


                                       i.            Koreografi atau keaslian tari                  35
                                     ii.            Koordinasi muzik dan gerakan              10
                                   iii.            Pecahan tari dan pola lantai                   15
                                   iv.            Kesantunan                                           20
                                     v.            Busana dan tatarias                               20
                                    Jumlah       100


§  
Keputusan juri adalah muktamad

BORANG PENYERTAAN
§        Borang pendaftaran hendaklah dihantar kepada pihak penganjur selewat-lewatnya pada 14 April 2012 beserta wang deposit sebanyak RM50.
§         Sekolah yang ingin menghantar lebih dari 1 kumpulan tarian dikehendaki menggunakan set borang yang berlainan.
      Borang hendaklah disertakan bersama salinan mykid atau sijil kelahiran


YURAN PENYERTAAN
§        Setiap penyertaan akan dikenakan bayaran sebanyak RM100.
§        Setiap kumpulan dikehendaki menjelaskan bayaran deposit sebanyak RM50 selewat-lewatnya pada 1 April 2012.
§         Bayaran selebihnya hendaklah dibuat ketika penghantaran CD.
§         Bayaran boleh dibuat melalui tunai kepada pihak penganjur di alamat berikut:

                   Kolej Kediaman Kinabalu,
                   Universiti Malaya,
                   50603 Kuala Lumpur.

§        Bayaran juga boleh dibuat melalui cek atau kiriman wang pos atas nama Bendahari Universiti Malaya.
§ Kumpulan yang gagal membuat pembayaran sebelum tarikh-tarikh yang dinyatakan akan dibatalkan penyertaannya.


PAKAIAN / AKSESORI
§        Pakaian dan aksesori penari-penari mestilah disediakan sendiri oleh pihak sekolah serta bersesuaian dan sopan.
§  Sebarang penggunaan alas kaki tidak dibenarkan sama sekali. (Contoh : capal/selipar/kasut)



MESYUARAT PENGURUS-PENGURUS PASUKAN BERSAMA KETUA JURI
§        Satu perjumpaan bersama ketua juri pertandingan Festival Tari Kanak-Kanak akan diadakan pada hari JUMAAT, 13 April 2012 . Setiap sekolah wajib menghantar wakil untuk menghadiri perjumpaan.
§        Tempat dan masa akan diberi tahu kemudian oleh pihak penganjur.
§        Cabutan undi juga akan dibuat pada hari tersebut.


HARI PERTANDINGAN
§        Setiap kumpulan hendaklah menepati masa yang telah ditetapkan.
§       Markah akan dipotong bagi kumpulan yang lewat atau memohon menunda giliran persembahan.
§       Pengangkutan tidak akan disediakan oleh pihak penganjur.
§        Sebelum persembahan berlangsung, seorang guru pengiring/wakil sekolah dikehendaki wajib berada di meja teknikal untuk memberikan isyarat memulakan lagu dan menamatkan lagu.
§       Makanan serta bilik persediakan akan disediakan untuk para peserta oleh pihak penganjur.
§        Faktor keselamatan para peserta sepanjang pertandingan adalah menjadi tanggungjawab guru pengiring.


Nota: Tertakluk kepada sebarang pindaan untuk setiap syarat.