Jumaat, 17 Februari 2012

FESTAKA


OBJEKTIF FESTAKA

      1. Memupuk semangat cinta kepada keunikan dan keaslian seni tarian Melayu tradisional di kalangan kanak-kanak Malaysia.

      2. Mencungkil bakat seni tari di kalangan kanak-kanak Pra-sekolah dan sekolah rendah.

      3. Menyediakan peluang dan platform untuk kanak-kanak menonjolkan bakat dalam seni tari di samping peluang untuk berentap dengan bakat-bakat lain.

      4. Memperkenalkan kepelbagaian tarian warisan Melayu serta melahirkan semangat cintakan seni tarian tradisional Melayu kepada para peserta, seluruh warga Universiti Malaya dan generasi muda secara keseluruhan.

      5. Melahirkan kesedaran terhadap keunikan seni warisan yang harus kita kekalkan di kalangan generasi muda khususnya penghuni Kolej Kediaman Kinabalu, Universiti Malaya.

      6. Memberi latihan serta memupuk sikap kepimpinan mahasiswa dan mahasiswi dalam menguruskan dan menganjurkan suatu organisasi, program dan projek kebudayaan.

      7. Memupuk semangat bekerjasama antara mahasiswa dan mahasiswi dalam menjalankan tugasan dan pelbagai tanggungjawab.

      8. Memberi peluang kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk bekerjasama dengan masyarakat luar kampus seperti syarikat-syarikat korporat, agensi kerajaan serta swasta.

      9. Membentuk kemahiran insaniah dan keyakinan diri mahasiswa dan mahasiswi dalam menempuhi alam pekerjaan selepas tamat pengajian.

    PENGANJUR

PESERTA

PESERTA YANG MENYERTAI FESTAKA 2010/2011


SK PUCHONG PERDANA
SK KAMPUNG TUNKU
SK AU KERAMAT
SK PUTRAJAYA PRESINT 9 (1)
SK PULAU MERANTI (A)
SK DAMANSARA DAMAI 1
SK PUNCAK ALAM 2
SK BANDAR KINRARA SEKSYEN 1 & 2
SK PANDAN INDAH
SK BUKIT TERATAI
SK SUNGAI BUMBUN (A)
SK SEKSYEN ENAM
SK SUNGAI BUMBUN (B)
SK PULAU MERANTI (B)
SK CONVENT (2) KLANG
SK BUKIT JELUTONG
SK ANGGERIK

HADIAH PEMENANG







JUARA


WANG TUNAI RM800
TROFI
HAMPER
TIKET PERCUMA KE KL BIRD PARK
SIJIL PENGHARGAAN







NAIB JUARA


WANG TUNAI RM600
TROFI
HAMPER
SIJIL PENGHARGAAN






TEMPAT KETIGA


WANG TUNAI RM400
TROFI
HAMPER
SIJIL PENGHARGAAN









ANUGERAH BUSANA & TATARIAS TERBAIK

WANG TUNAI RM100
HAMPER
SIJIL PENGHARGAAN




ANUGERAH KOREOGRAFI TERBAIK


WANG TUNAI RM100
HAMPER
SIJIL PENGHARGAAN



2 X SAGUHATI

HAMPER
SIJIL PENGHARGAAN






* SIJIL PENYERTAAN AKAN DIBERI KEPADA SEMUA PESERTA










FESTIVAL TARI KANAK-KANAK 2011/2012
6 MEI 2012
8.00 PAGI-5.OO PETANG
AUDITORIUM KOMPLEKS PERDANA SISWA



JUARA

SK SEKSYEN ENAM




NAIB JUARA

SK PULAU MERANTI




KETIGA

SK SUNGAI BUMBUN (A)




KE-4
SK PUCHONG PERDANA





KE-5
SK BUKIT JELUTUNG



ANUGERAH BUSANA & TATARIAS TERBAIK

SK SUNGAI BUMBUN (A)




ANUGERAH KOREOGRAFI TERBAIK

SK SEKSYEN ENAM





PESERTA-PESERTA









SYARAT-SYARAT


SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN FESTIVAL TARI KANAK-KANAK 2010/2011



PENYERTAAN
§         Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah rendah dan pra sekolah di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor.
§        Pertandingan ini adalah berbentuk kumpulan yang dianggotai minimum 8 orang dan maksimum 10 orang pelajar.
§         Anggota pasukan boleh terdiri daripada lelaki/perempuan sahaja atau campuran dan digalakkan terdiri daripada pelbagai kaum.


KONSEP TARIAN
Tarian Tradisional merupakan tarian-tarian rakyat yang berentak Asli, Inang, Zapin dan Joget; Iaitu keempat-empat tarian ini diangkat atupun dilabelkan sebagai Tarian Tradisional Kebangsaaan (Pan Malaysia Dance). Ia adalah berikutan dengan setiap negeri di Malaysia Barat dan Timur mempunyai keempat-empat jenis tarian-tarian ini.
§  

                                                        i.            Rampaian  empat  tarian tradisional Melayu (Inang, Zapin, Joget dan Asli). Setiap kumpulan dikehendaki memilih salah satu daripadanya.
                                                      ii.            Masa yang diperuntukkan untuk setiap persembahan  tidak kurang daripada 4 minit dan tidak lebih dari 6 minit.
                                                    iii.            Markah  akan ditolak sekiranya persembahan kurang atau  melebihi  had masa yang telah ditetapkan.


LAGU/MUZIK IRINGAN
§Lagu atau muzik iringan semasa persembahan boleh terdiri daripada lagu lama atau baru tetapi mestilah terdiri daripada lagu-lagu yang mengekalkan rentak asal tarian yang ditarikan
§Lagu atau muzik iringan semasa persembahan hendaklah menggunakan CD sahaja (Lagu yang dinyanyikan adalah dibenarkan)
§CD mesti diserahkan kepada pengelola pertandingan dua (2) minggu sebelum hari pertandingan.
§Kumpulan yang gagal berbuat demikian akan dibatalkan penyertaannya.


CARA PEMARKAHAN


                                       i.            Koreografi atau keaslian tari                  35
                                     ii.            Koordinasi muzik dan gerakan              10
                                   iii.            Pecahan tari dan pola lantai                   15
                                   iv.            Kesantunan                                           20
                                     v.            Busana dan tatarias                               20
                                    Jumlah       100


§  
Keputusan juri adalah muktamad

BORANG PENYERTAAN
§        Borang pendaftaran hendaklah dihantar kepada pihak penganjur selewat-lewatnya pada 14 April 2012 beserta wang deposit sebanyak RM50.
§         Sekolah yang ingin menghantar lebih dari 1 kumpulan tarian dikehendaki menggunakan set borang yang berlainan.
      Borang hendaklah disertakan bersama salinan mykid atau sijil kelahiran


YURAN PENYERTAAN
§        Setiap penyertaan akan dikenakan bayaran sebanyak RM100.
§        Setiap kumpulan dikehendaki menjelaskan bayaran deposit sebanyak RM50 selewat-lewatnya pada 1 April 2012.
§         Bayaran selebihnya hendaklah dibuat ketika penghantaran CD.
§         Bayaran boleh dibuat melalui tunai kepada pihak penganjur di alamat berikut:

                   Kolej Kediaman Kinabalu,
                   Universiti Malaya,
                   50603 Kuala Lumpur.

§        Bayaran juga boleh dibuat melalui cek atau kiriman wang pos atas nama Bendahari Universiti Malaya.
§ Kumpulan yang gagal membuat pembayaran sebelum tarikh-tarikh yang dinyatakan akan dibatalkan penyertaannya.


PAKAIAN / AKSESORI
§        Pakaian dan aksesori penari-penari mestilah disediakan sendiri oleh pihak sekolah serta bersesuaian dan sopan.
§  Sebarang penggunaan alas kaki tidak dibenarkan sama sekali. (Contoh : capal/selipar/kasut)



MESYUARAT PENGURUS-PENGURUS PASUKAN BERSAMA KETUA JURI
§        Satu perjumpaan bersama ketua juri pertandingan Festival Tari Kanak-Kanak akan diadakan pada hari JUMAAT, 13 April 2012 . Setiap sekolah wajib menghantar wakil untuk menghadiri perjumpaan.
§        Tempat dan masa akan diberi tahu kemudian oleh pihak penganjur.
§        Cabutan undi juga akan dibuat pada hari tersebut.


HARI PERTANDINGAN
§        Setiap kumpulan hendaklah menepati masa yang telah ditetapkan.
§       Markah akan dipotong bagi kumpulan yang lewat atau memohon menunda giliran persembahan.
§       Pengangkutan tidak akan disediakan oleh pihak penganjur.
§        Sebelum persembahan berlangsung, seorang guru pengiring/wakil sekolah dikehendaki wajib berada di meja teknikal untuk memberikan isyarat memulakan lagu dan menamatkan lagu.
§       Makanan serta bilik persediakan akan disediakan untuk para peserta oleh pihak penganjur.
§        Faktor keselamatan para peserta sepanjang pertandingan adalah menjadi tanggungjawab guru pengiring.


Nota: Tertakluk kepada sebarang pindaan untuk setiap syarat.





Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, Tuan/Puan boleh melayari laman web kami atau terus menghubungi sekretariat kami melalui email rasmi Festival Tari Kanak-Kanak 2010/2011 di :

   Email            : festaka.um@gmail.com

Tuan/Puan juga boleh menghubungi wakil pihak penganjur Festival Tari Kanak-Kanak 2012 :

1. Lim Jia Wen
Pengarah
Festival Tari Kanak-Kanak 2011/2012
0176711031


2. Siti Nazirah binti Md. Salleh     
Penolong Pengarah 
Festival Tari Kanak-Kanak 2011/2012
0134149256


Fatin Syuhada binti Abd Aziz
Ketua Biro Pendaftaran dan Protokol
Festival Tari Kanak-Kanak 2011/2012
0136445364




PETA KE KOLEJ KEDIAMAN KINABALU



PENGENALAN


FESTAKA merupakan sebuah projek anjuran Jawatankuasa Kerja Perkembangan Kesenian dan Kreatif, Kolej Kediaman Kinabalu, Universiti Malaya.


FESTAKA merupakan sebuah pertandingan tarian tradisional Melayu peringkat sekolah rendah yang melibatkan sekolah-sekolah di sekitar kawasan Selangor, dan Kuala Lumpur. FESTAKA telah diadakan selama 3 tahun berturut-turut dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari segi penyertaan dan sambutan daripada orang ramai khususnya warga kampus.


Projek FESTAKA 2012 akan mempertandingkan empat jenis tarian tradisional Melayu iaitu tarian Zapin, tarian Inang, tarian Joget dan tarian Asli.
  • Tarian Zapin
    • Berasal dari negeri Johor sebagai hiburan di dalam Istana.
    • Diiringi oleh gambus, rebana dan gendang.
  • Tarian Inang
    • Tarian Inang pada masa kini sering dipersembahkan pada majlis-
      majlis sosial kaum Melayu.
    • Tarian ini ditarikan mengikut laju tempo rebana, biola dan
      gendang.
  • Tarian Joget
    • Dipengaruhi oleh kebudayaan kaum Portugis.
    • Tarian ini biasanya ditarikan secara berpasangan antara lelaki dan
      wanita.
  • Tarian Asli 
    • Dicipta berasaskan lagu-lagu Melayu asli.